Sunday 21 June 2015

Data Tone Plus Cepat Habis

DATA INTERNET CEPAT HABIS


Ini yang selalu pengguna baru Tone Plus alami. Data Tone Plus Telan Kredit.Sebenarnya , jika kita fahami sistem elok-elok…Tiada sebab isu ni timbul. Tak kenal Maka Tak Cinta


SEBENARNYA KITA HARUS TELITI SISTEM SESUATU PRODUK TERLEBIH DAHULU …


Panduan dan peringatan kepada pengguna baru TonePlus menguruskan penggunaan data internet:


1) Mungkin terjadi sedikit “kejutan sementara” sebab perbezaan sistem pengendalian data Internet di antara simkad TonePlus dan simkad yang terdahulu.


2) Untuk langganan telco seperti Maxis, U-Mobile dan sebagainya jika sudah habis data pengguna tetap diberi peluang menggunakan Internet secara percuma dengan kelajuan rendah. Ini BERBEZA dengan TonePlus yang akan mengenakan caj “pay per use” setelah kehabisan data. Cajnya ialah: 8sen/mb dan ditolak dari kredit.


3) Oleh kerana hal ini, terdapat banyak kes pengguna-pengguna baru TonePlus yang mendakwa “kredit cepat habis” atau “kredit tiba-tiba habis” sebab tak tahu dan tak diberi penerangan awal oleh upline atau pendaftar mereka.



Oleh itu, perlu diambil langkah-langkah berikut:


A) Sentiasa periksa baki data yang ada dengan menekan 134# call. Baki RM yg tertera ialah *baki panggilan percuma (jika ada). Selepas itu tekan “1” untuk paparan baki data internet kita.


B) Sentiasa OFF kan data internet jika tidak digunakan untuk menjimatkan data


C) Selepas topup untuk mendapatkan “free data” JANGAN terus ON data dan gunakan internet. PASTIKAN dahulu data percuma telah dimasukkan oleh sistem dengan memeriksa *134# (biasa selepas 5-10 minit topup)


D) Bila habis data, terus OFF kan data. Selepas itu, jika inginkan data semula boleh sama ada langgan data (jika cukup kredit); atau topup rm30, rm50 atau rm100 untuk mendapatkan data percuma.


E) Selepas mendapat sms amaran 90% penggunaan data sentiasa periksa baki data *134#


CARA JIMAT DATA INTERNET TONE PLUS


Tahukah anda, empat aplikasi utama di handphone kita yang banyak menggunakan kuota data iaitu Facebook, Telegram, WhatsApp, PlaysStore, YouTube. Sebenarnya keempat-empat aplikasi ini, boleh dikawal penggunaan data nya, dengan melakukan beberapa ubahan setting di dalam aplikasi itu sendiri.



Ikuti langkah-langkah di bawah...


Facebook:

1. Buka Facebook
2. Pergi ke bahagian Help & Settings, pilih "App Settings"
3. Pilih "Video Auto-play"
4. Pilih "Off" atau "Wifi only"


Telegram:

1. Buka Telegram
2. Pergi ke bahagian "Settings"
3. Bahagian Automatic media download, pilih "When using mobile data"
4. Hilangkan semua tanda "tick" pada kotak (No media)


WhatsApp:

1. Buka WhatsApp
2. Pergi ke bahagian "Settings"
3. Pilih "Chat settings"
4. Pilih "Media auto-download"
5. Pilih "When using mobile data"
6. Hilangkn smua tanda "tick" dalam kotak (No media).


Play Store:

1. Buka Play Store
2. Pergi ke bahagian "Settings"
3. Pada bahagian General, pilih "Auto-update apps"
4. Pilih "Auto-update apps over Wi-Fi only"


You Tube:

1. On & Play semasa anda berada di kawasan WiFi sahaja.




** anda juga boleh semak secara lengkap langganan dan penggunaan data di akaun Self-Care anda. 





http://toneplusprepaid.blogspot.my/2015/06/tone-plus-blackberry-plan-blackberry.html

------------------------------------


BUAT SAMPAI JADI,
JANGAN ADA TAPI, JANGAN ADA NANTI,
BUAT, BUAT, BUAT, BUAT.. 


KALAU BUKAN INI, APA LAGI
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI..

PELUANG KEEMASAN INI
 TIDAK PATUT ANDA LEPASKAN

No comments:

Post a Comment