Sunday, 19 February 2017

Kiraan Kelayakan Insentif Umrah Tone Plus 2017

PAKEJ UMRAH TONE PLUS 2017


Salah satu kelebihan sebagai pengguna dan usahawan/pengedar simkad Tone Plus (Tone Group), anda layak untuk mendapatkan hadiah insentif pakej umrah yang bernilai RM5,000 secara PERCUMA daripada pihak syarikat. Bagi ahli yang bukan beragama Islam (non-muslim) pula, mereka juga layak untuk mendapatkan insentif ini ke tempat suci mengikut anutan agama masing-masing.  

Ahli yang berjaya dan layak juga boleh menukar hadiah insentif pakej umrah percuma tersebut dengan hadiah wang tunai bernilai RM4,000.

Insentif ziarah ini telah dianjurkan oleh pihak syarikat sejak tahun 2012 lagi untuk ahli-ahli Tone Plus dan telah ramai ahli menikmatinya.





Pihak syarikat juga telah menetapkan, setiap ahli/pengedar simkad Tone Plus hanya layak sekali sahaja untuk setiap orang bagi insentif pakej umrah ini walaupun ahli mempunyai lebih dari satu akaun yang berdaftar di Tone Plus. 

** kalau anda ingin setiap akaun Tone Plus anda yang lain turut sama dapat insentif ini, pastikan akaun-akaun anda tersebut di daftar dengan ic/nama lain (wife, anak, mak, ayah, etc) 

Untuk mendapatkan insentif umrah ini, ahli perlu mencapai satu nilai penambahan pendapatan komisyen topup bulanan dalam kiraan tahun seperti yang telah ditetapkan, mengikut pangkat/ranking anda di Tone Plus, seperti berikut..

     1. Normal Member (NM) = RM2,300
     2. Service Center (SC) = RM3,000
     3. Premium Service Center (PSC) = RM3,500
     4. Branch (BR) / Premium Branch (PBR) = RM4,000

**salah tanggapan: komisyen topup anda (NM) cecah saja RM2,300, anda layak untuk dapatkan insentif umrah ini, itu salah..


KIRAAN KELAYAKAN INSENTIF UMRAH 2017


Berikut adalah contoh cara kiraan yang betul untuk melayakkan anda mendapatkan insentif pakej umrah Tone Plus ini..




CONTOH 1: Kelayakan Tahun Sama (NM=RM2,300)


Anda sertai Tone Plus pada bulan Februari 2017, dan komisyen topup anda pada bulan pertama adalah RM45. Dan pada bulan September 2017, komisyen anda telah pun mencecah RM2,300. 

RM2,300 (Komisyen Sept) - RM45 (Komisyen Feb - Join) = RM2,255

Sebenarnya anda belum layak, kerana penambahan komisyen topup tahunan anda baru saja mendapat RM2,255. Namun pada bulan seterusnya November, anda telah mendapat komisyen topup RM2,400, jadi..

RM2,400 (Komisyen Nov) - RM45 (Komisyen Feb - Join) = RM2,355

Penambahan RM2,355 > RM2,300 (NM), anda layak untuk tebus insentif umrah daripada pihak syarikat.


CONTOH 2: Kelayakan Tahun Berbeza (NM=RM2,300)


Anda sertai Tone Plus pada bulan Julai 2016, dan komisyen topup anda pada bulan pertama adalah RM50. Dan pada bulan Jun 2017, komisyen anda telah pun mencecah RM2,300. 

Untuk situasi ini, kiraan komisyen bulan pertama anda sertai Tone Plus tidak akan diambil kira. Komisyen bulan Disember 2016 akan dijadikan sebagai aras penambahan komisyen baru untuk tahun 2017.

RM2,300 (Komisyen Jun) - RM500 (Komisyen Dis) = RM1,800

Belum layak, kerana penambahan komisyen topup tahunan anda, baru saja mendapat RM1,800 sahaja. Jadi anda perlukan lagi penambahan RM500 komisyen topup pada bulan berikutnya, sebelum berakhirnya Disember 2017.

** bagi ahli lama yang belum terima insentif umrah, untuk tahun 2017 ini, tolak sahaja dengan jumlah komisyen topup bulan Disember 2016 mengikut ranking anda.



CARA TUNTUTAN INSENTIF PAKEJ UMRAH 2017


Setelah syarat atas dipenuhi, anda boleh menulis satu surat rasmi tuntutan kepada pihak syarikat untuk tujuan pemprosesan kelayakan anda. Lampirkan salinan kad pengenalan & salinan jadual pendapatan komisyen topup semasa anda. Sila nyatakan juga kaedah bayaran yang akan dibuat oleh pihak syarikat kepada anda.  

Maklumat-maklumat lengkap berikut anda boleh email, faks atau poskan terus ke pihak syarikat.

     1. Email = hq.care@tonegroup.net .. atau
     2. Faks  = 03-9055 3824 .. atau
     3. Pos   = Tone Plus Sdn Bhd, B-G-1 Jalan 3/149E, Taman Sri Endah
                    Bangunan Endah Promenade , Bandar Baru Sri Petaling
                    57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut, pengesahan kelayakan, anda juga boleh merujuk sendiri di pejabat Tone Plus (ahli di Lembah Klang) atau hubungi terus talian khidmat pelanggan Tone Plus di 010-5000 969.



PERBINCANGAN


Harga kos pakej umrah syarikat travel agency sekarang adalah berbeza-beza bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Anggaran kos RM4,500 - RM6,000 untuk pakej biasa sekarang, bagi tempoh masa yang singkat, penginapan dan perjalanan secara berkumpulan. Bagi pakej yang berjangkamasa panjang, penginapan dan perjalan sedikit pribadi, lebih keselesaan, ditambah dengan tambahan perjalanan lawatan ke beberapa negara lain, anggaran kos untuk pakejnya lebih kurang RM7,000 - RM9,000. Pakej premium/mewah selalunya RM9,000 dan ke atas.




Bagi ahli Tone Plus yang layak,  sekiranya anda ingin menggunakan pakej umrah yang lebih dari nilai RM5,000, tambahan kos selebihnya adalah dibawah tanggungan anda sendiri. 

Namun, dengan kos RM5,000 sahaja juga sebenarnya telah cukup untuk menampung kos pakej umrah anda secara PERCUMA untuk anda ke sana. Semuanya telah ditanggung dan dibayar oleh pihak syarikat Tone Plus sebagai hadiah istimewa penghargaan kepada anda sebagai pengedar simkad Tone Plus. 

Siapa sangka, dengan hanya sebagai pengguna dan pengedar simkad Tone Plus, anda boleh menjadi tamu di rumah Allah secara PERCUMA.. 




MEMORANDUM HQ - KELAYAKAN PILGRIMAGE TRIP 2017




------------------------------------------------------------------------

Semoga info ini dapat membantusahabat-sahabat
mengembangkan lagi rangkaian Tone Plus masing-masing



KALAU BUKAN INI, APA LAGI
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI

PELUANG KEEMASAN INI
 TIDAK PATUT ANDA LEPASKAN

1 comment:

  1. Terima kasih tuan, rupanya salah info saya sebelum nie.. ingat capai sahaja dah dapat, rupanya dikira penambahan.. terima kasih tuan Aizat

    ReplyDelete